31/08/2014: Jabatan Air Negeri Sabah Kekalkan Kejuaraan.

Jabatan Air Negeri Sabah mengekalkan kejuaraan tahun lalu bagi kategori Jabatan Kerajaan tidak berpakaian seragam dalam pertandingan perbarisan sempena sambutan Hari Kemerdekaan Negara ke-57.

Turut mengekalkan kemenangan ialah, Kumpulan Yayasan Sabah bagi kategori Badan berkanun, Komersil dan Swasta. Manakala Jabatan Kastam DiRaja Malaysia muncul johan bagi kategori Jabatan Kerajaan Pakaian Seragam Rasmi.
Sebanyak 130 Kontinjen menyertai pertandingan perbarisan ini yang berlangsung di Stadium Likas Kota Kinabalu. Acara ini turut disemarakkan dengan kehadiran lebih 10-ribu masyarakat berbilang kaum.
Majlis dimulakan dengan pemeriksaan kawalan kehormatan utama dan Tabik Hormat oleh Yang diPertua Negeri Tun Haji Juhar Haji Mahiruddin disusuli perarakan masuk kontinjen perbarisan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman yang ditemui media berpuas hati dengan penganjuran sambutan ini yang disifatkannya berjaya menerapkan semangat cintakan negara dalam kalangan rakyat.
sjk/tony/cov-an
~mfja~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s