31/08/2014: Suili George dan Kumpulan Trio Divo muncul juara Bintang GATA 2014.

Suili George dan Kumpulan Trio Divo muncul juara bagi kategori solo dan kumpulan dalam pertandingan Bintang GATA 2014 yang berlangsung di GATA Square, Sipitang. Masing-masing menerima hadiah wang tunai 2-ribu ringgit, trofi dan sijil.

Naib Johan kategori solo pula dimenangi Nurulana Sharma Riduan manakala bagi kategori kumpulan disandang kumpulan D4H Crew. Mereka memenangi hadiah wang tunai seribu ringgit, trofi dan sijil.
Sementara di tempat ketiga dimenangi Elviana Francis dan kumpulan Grory 4 dengan hadiah wang tunai tujuh ratus ringgit, trofi dan sijil.
Pertandingan yang disertai 8 peserta solo dan 4 peserta berkumpulan itu diadakan sempena penganjuran Festival Antarabangsa Gasing dan Tamu Besar Sipitang (GATA) 2014.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Haji Ahmad.
ear/dd/cov-an
~mfja~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s