11/12/2014:Didakwa Kerana Membuat Tuntutan Palsu Berjumlah RM91,000

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Sandakan, hari ini mendakwa seorang penjawat awam wanita berhubung kesalahan membuat tuntutan palsu berjumlah kira-kira 91-ribu ringgit, dua tahun lalu.

Pendakwaan dibuat di Mahkamah Sesyen Sandakan dengan 6 pertuduhan pemalsuan tuntutan di bawah Seksyen 18, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Tertuduh yang berumur 35-tahun itu didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 2012 di Jabatan Kesihatan Sandakan.
Beliau dikatakan memalsukan tuntutan bayaran bagi bekalan pakaian, bekalan am pejabat, bekalan vaksin, kerja-kerja pembaikan kecil di Klinik Desa Ulu Dusun serta penyelenggaraan dan membaik pulih sistem pembentungan di Jabatan Pesakit Luar.
Hakim Ishak Bakri menetapkan 10 Februari, tahun depan untuk sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak 8-ribu ringgit dengan seorang penjamin tempatan.
End/wan/cov/wn/Rina
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s