12/12/2014:Sabah Beri Tumpuan Terhadap Penahanan dan Penghantaran Pulang PATI

Kerajaan Sabah akan memberi tumpuan terhadap penahanan dan
penghantaran pulang pendatang tanpa izin di samping membendung
kemasukan warga asing secara haram.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Aman menegaskan ia adalah
sebahagian daripada langkah drastik menangani masalah pendatang tanpa
izin di negeri ini.

Fokus pertama adalah penahanan dan penghantaran pulang pendatang
tanpa izin dengan meneliti beberapa aspek yang perlu ditambah baik
dalam operasi sedia ada oleh agensi berkaitan.

Kenyataan Datuk Musa dikeluarkan selepas beliau mempengerusikan dua
mesyuarat berkaitan keselamatan di Sabah iaitu Jawatankuasa Kerja
Keselamatan Negeri dan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) di Kota
Kinabalu.

Katanya, fokus pertama akan turut merangkumi peningkatan keupayaan
Pusat Tahanan Sementara sedia ada termasuk mencari lokasi sesuai dan
bangunan yang boleh diubah suai serta diwartakan sebagai pusat
berkenaan.

Terdapat juga keperluan untuk menyemak dan menambah baik Prosedur
Operasi Standard (SOP) berkaitan proses penghantaran pulang pendatang
tanpa izin dari pelbagai aspek.

Ends/Bernama/Rina

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s