12/12/2014:Sejumlah 76,954 DVD Dirampas

Sejumlah 76 Ribu-954 keping cakera video digital (DVD) pelbagai filem
yang tidak mempunyai Sijil Perakuan B bernilai 380 Ribu Ringgit
dirampas dalam tiga serbuan di lokasi berasingan sempena ‘Ops
Ostrich’, Jumaat lepas.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sabah, DSP Mohd
Mahyuddin Abdullah berkata, polis menahan sembilan pekerja premis
berumur antara 16 dan 39 tahun dalam serbuan bermula pukul 3.30 petang
itu.
Katanya, serbuan juga dijalankan di sebuah rumah yang dijadikan stor
dan di pusat beli belah merampas pelbagai barangan untuk menghasilkan
DVD.

DSP Mohd Mahyuddin berkata demikian  dalam sidang media di Kota Kinabalu.

Turut dirampas 198 Ribu keping cekera kosong, 80 botol dakwat pencetak
pelbagai warna, 170 Ribu kertas putih DVD yang belum dicetak dan 34
Ribu 500 keping plastik bungkusan DVD.

Menurutnya, kesemua tahanan direman bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur
Jenayah (KPJ) bagi membantu siasatan.

end/busri  BERNAMA

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s