13/12/2014:Fahami Dengan Jelas Jangkitan AIDS dan HIV

Masyarakat perlu memahami dengan jelas cara jangkitan penyakit
Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit (AIDS) dan Human
Immunodeficiency Virus (HIV), bagi mengikis stigma dan diskriminasi
terhadap epidemik tersebut.
Wakil rakyat Sekong, Datuk Samsudin Yahya berkata, diskriminasi dan
pandangan negatif masyarakat terhadap AIDS dan HIV berlaku disebabkan
penularannya kerap dikaitkan dengan gejala tidak bermoral.
Menurutnya, terdapat beberapa cara penyakit itu boleh berjangkit,
termasuk secara suntikan dan seks rambang serta amalan seks sejenis.
Walau bagaimanapun, masih terdapat mangsa yang dijangkiti AIDS dan
HIV tanpa terlibat dengan perbuatan berisiko dan tidak bermoral
seperti pemindahan darah dan rogol.
Antaranya, golongan wanita dan kanak-kanak yang turut menerima stigma
dan diskriminasi sama daripada masyarakat kerana positif AIDS dan HIV.
Datuk Samsudin berkata demikian sempena majlis sambutan Hari AIDS
Sedunia 2014 Peringkat Sandakan di Dewan Angsana, Sandakan.

Menerusi kempen itu, beliau berharap ia dapat memupuk kesedaran
tentang wabak AIDS dan penyediaan pelbagai kemudahan, termasuk rawatan
anti-retroviral bagi memastikan rakyat dapat menjalani kualiti hidup
sihat.

Beliau juga berharap ia dapat mengurangkan tanggapan dan diskriminasi
masyarakat terhadap penghidap AIDS dan HIV.

 

Maria                                      (Sandakan/Cov)

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s