15/12/2014:Budaya Membaca Al-Quran Perlu Disemai Di Peringkat Awal

Budaya membaca, memahami dan menghayati Al-Quran perlu disemai di peringkat awal dan dijadikan sebagai agenda harian bagi membentuk nilai kepimpinan dalam diri setiap umat Islam.

 
Menteri Belia Dan Sukan Sabah,  Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, amalan berkenaan sewajarnya dimulakan pada peringkat kanak-kanak manakala ibu bapa seharusnya menjadi pemangkin dalam menggerakkan semangat mencintai al-Quran.
 
Katanya, amalan membaca Al-Quran  juga perlu  disemarakkan dalam institusi kemasyarakatan sehingga amalan itu diperluaskan di seluruh negara bagi menjadi panduan kehidupan dunia dan akhirat.
 
Beliau berucap merasmikan Program Nadi Ben 10 Mega  Al-Baghdadi di Masjid Al-Kauthar, Tawau.
 
Datuk Tawfiq berkata, teknik Al-Baghdadi yang digunakan untuk mempelajari Al-Quran  merupakan antara yang terbaik dan berkesan dalam meningkatkan mutu bacaan.
 
Langkah itu sekaligus mampu meningkatkan generasi celik al-Quran dan memastikan kemuliaan kitab suci itu sentiasa dijaga dan 
dipelihara.
 
ends/tamrin/cov/Any
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s