15/12/2014:Kerajaan Teruskan Usaha Membina Dan Menaiktaraf Sekolah Di Sabah

Kerajaan persekutuan dan negeri masih meneruskan usaha membina dan menaiktaraf sekolah-sekolah di seluruh Sabah agar dapat menampung pertambahan bilangan pelajar setiap tahun.

 
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata, selain peruntukan 56 bilion ringgit kepada Kementerian Pendidikan 
dalam bajet 2015, kerajaan juga masih mengekalkan bantuan awal persekolahan, skim bantuan tuisyen, rancangan makanan tambahan, 
program susu sekolah, bantuan buku teks, pemansuhan yuran khas sekolah dan pemansuhan yuran peperiksaan, selain memperuntukkan Bantuan Makanan Khas  untuk Pra sekolah.
 
Beliau berkata demikian sempena Program Bantuan Peralatan Persekolahan 2015 di bawah program Kembali Ke Sekolah di 
 
Dewan Masyarakat Papar. Teks ucapannya disampaikan Wakil Rakyat Pantai Manis Datuk Haji Abdul Rahim Ismail.
 
Dalam majlis itu, seramai seribu 163 pelajar dari 32 buah sekolah dalam kawasan Parlimen Papar terpilih untuk  menerima bantuan 
kelengkapan sekolah sumbangan PLUS Malaysia Berhad. 
 
Terdahulu, Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad Muhammad Fuad Khusaid berkata, kira kira 10 ribu pelajar di lokasi-lokasi terpilih di seluruh negara menerima bantuan kelengkapan persekolahan berkenaan dan Parlimen Papar menerima peruntukan terbesar daripada program itu.
 
Turut diadakan, majlis berkhatan beramai-ramai serta menggunting rambut secara percuma untuk pelajar sekolah.
ENDS/JULIANA/TAM/Any
sheryl
 
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s