15/12/2014:Landasan Untuk Mantapkan Pendidikan Islam

Umat Islam perlu memiliki kemahiran berfikir yang tinggi, kemahiran insaniah dan kemahiran dalam teknologi maklumat dan komunikasi sebagai landasan kepada usaha memantapkan pendidikan Islam. 

 
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata, pendidikan Islam penting bagi mengimbangi perubahan globalisasi 
selain memainkan peranan besar dalam melahirkan pelajar yang seimbang dari segi emosi, jasmani, rohani dan intelek.
 
Beliau berucap merasmikan Program Wacana Pendidikan Islam Kebangsaan kali ke 10 di Wisma MUIS, Kota Kinabalu.
 
Datuk Musa mahu, hasil kajian dan percambahan idea dalam wacana berkenaan diterbit dan disebarkan sebagai platform untuk 
meningkatkan pendidikan Islam dan bahasa Arab di Malaysia dalam konteks pengajaran, penyelidikan dan penglibatan masyarakat.
 
Terdahulu, Pengerusi Penganjur program berkenaan, Profesor Madya Dr Mohamad Aderi Che Noh dalam ucapan aluannya berkata, penganjuran program dwi tahunan itu berperanan menangani cabaran globalisasi dan arus antarabangsa yang sedikit sebanyak telah menghakis sistem pendidikan Islam di negara ini.     
 
Sebanyak lima kertas kerja akan dibentangkan dalam wacana dua hari itu yang disertai 140-peserta dari Semenanjung Malaysia, 
Brunei dan Sabah. 
ends/id/halim/cov/Any
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s