16/12/2014: Bandaraya Kota Kinabalu dipilih sebagai projek perintis menuju Sifar HIV……..

Bandaraya Kota Kinabalu dipilih sebagai projek perintis di Sabah bagi
Projek Bandaraya Kota Kinabalu Menuju Sifar HIV Menjelang 2020.

Ia sekaligus melakar sejarah bagi Sabah khususnya Bandaraya Kota
Kinabalu sebagai bandar ketiga di Malaysia yang terpilih selepas
Melaka dan Kuantan.

Projek itu dilancarkan PAGI TADI sempena Sambutan Hari AIDS Sedunia
Peringkat Negeri Sabah di Kota Kinabalu. Pelancaran disempurnakan
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Radin Malleh, mewakili Ketua
Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

Dalam teks ucapannya, Datuk Musa berharap pelaksanaan projek yang
diketuai Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir dan
Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Christina Rundi akan berjaya. Pada masa
sama, kerjasama semua pihak amat penting dalam mencapai matlamat
negara bebas HIV.

Dalam sidang media kemudiannya, Dr. Christina berkata sehingga
September tahun ini, sebanyak seribu 982-kes HIV, 734-kes AIDS dan
291-kematian dilaporkan di Sabah. Lebih 95-peratus daripada kes
jangkitan HIV di Sabah berpunca daripada seksual.

Ends/alizaali/Juliana/AJ/Cov

..Don….

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s