16/12/2014: Jawatankuasa kerja teliti kandungan laporan RCI berpandukan lima terma rujukan……

Jawatankuasa Kerja yang dipengerusikan Timbalan Ketua Menteri, Tan
Sri Joseph Pairin Kitingan untuk meneliti kandungan laporan
Suruhanjaya Siasatan mengenai pendatang asing tanpa izin (PATI) di
Sabah akan berpandukan kepada lima terma rujukan.

Terma rujukan itu ialah meneliti dan mengkaji dapatan dan isu-isu
dalam RCI dengan menumpukan penambahbaikan isu PATI, meneliti maklum
balas, aduan dan pandangan rakyat Sabah melalui forum serta konsultasi
berhubung pengurusan warga asing; mengkaji pelaksanaan pengurusan PATI
di Sabah; mengemukakan syor terhadap kedudukan warga asing melalui
peraturan dan undang-undang; dan menyediakan pelan tindakan dalam
mengatasi isu masalah PATI dari segi sosial, ekonomi dan lain-lain.

Perkara itu dinyatakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad
Zahid Hamidi kepada media selepas melawat Pusat Tahanan Sementara
(PTS) Papar.

Bagi Jawatankuasa Tetap yang dipengerusikannya bersama Ketua Menteri,
Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, ia akan berpandukan kepada tiga
terma rujukan. Pertama, meneliti semua syor dn cadangan yang
dikemukakan bagi penambahbaikan oleh Jawatankuasa Kerja; kedua,
memperaku syor untuk diangkat dan dipertimbangkan Jemaah Menteri Sabah
dan Persekutuan; dan ketiga, memantau pelaksanaan keputusan-keputusan
Jemaah Menteri.

Ends/alizaali/Donny/cov

..Don…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s