16/12/2014: UMS komited terap sikap keusahawanan dan inovasi………..

Universiti Malaysia Sabah (UMS) komited menerap sikap keusahawanan
dan inovatif dalam kalangan warganya terutama mahasiswa.

Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah berkata ke
arah itu, UMS giat menganjurkan program seperti seminar, bengkel serta
kursus keusahawanan dan inovasi bersama pihak industri dan agensi
berkaitan.

Ia bertujuan memupuk budaya keusahawanan dalam kalangan siswazah,
seterusnya memilih keusahawanan sebagai kerjaya mereka.

Antara program yang dianjurkan ialah Persidangan Keusahawanan
Antarabangsa, Pameran ‘Windows to the World’, Program Inkubator UMS
dan Pertandingan Inovasi UMS.

Profesor Datuk Dr. Mohd Harun menyatakannya dalam ucapan perasmian
Konvensyen Keusahawanan dan Inovasi UMS 2014 di Dewan Resital UMS,
Kota Kinabalu. Teks ucapannya dibacakan Timbalan Naib Canselor
(Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dr. Shariff Abd. Kadir Shariff
Omang Al-Haj.

Seramai 10-finalis terdiri daripada pelajar pelbagai fakulti terpilih
ke peringkat akhir dan akan mempersembahkan ‘Business Pitching’ ESOK.

Ends/alizaali/Maria/Cov

..Don…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s