17/12/2014:MOTAC Labuan Catat Peningkatan Jumlah Pengunjung

Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) Labuan mencatat peningkatan jumlah pengunjung inap desa sebanyak tiga peratus sehingga Oktober tahun ini.

Dalam tempoh tersebut, tiga pengusaha inap desa di pulau itu meraih pendapatan 349-ribu 873 ringgit  berbanding kira-kira 288-ribu ringgit tahun lepas.
Pemangku Pengarah MOTAC Labuan, Asmidar Muh Nawir memaklumkan Bernama, Karnival Inap Desa Labuan yang bertujuan mempromosi premis inap desa Kampung  Patau-Patau 2, Kg Sungai Labu dan Kg Bukit Kuda akan diteruskan.
Menurutnya, pihaknya juga akan membantu pengusaha menaik taraf kemudahan sedia ada bagi mewujudkan persekitaran lebih kondusif, termasuk mempromosi keunikan budaya setempat.
Sementara itu, Pengarah Perbadanan Pelancongan dan Kebudayaan Labuan, Mahathir Abdul Hamid berkata kerjasama dengan MOTAC dijalin dengan melibatkan Persatuan Inap Desa Labuan dan nelayan.
Ia kerana program itu berpotensi tinggi dalam menjana pendapatan penduduk kampung dan nelayan tempatan.
Ends/Bernama/Rina
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s