17/12/2014:Proses Permohonan Baharu BR1M Di Sabah Berjalan Lancar

Proses permohonan baharu Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) 2015 di
Sabah yang mula dibuka pada 1 Disember lalu, berjalan lancer.

Dalam tempoh berkenaan, lebih 40-ribu permohonan baharu dan
pengemaskinian BR1M diterima Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kota Kinabalu. Bagaimanapun, jumlah itu tidak melibatkan Pusat Khidmat LHDN di UTC Kota Kinabalu dan PKH Kudat.

 
Demikian dinyatakan Timbalan Pegawai Perhubungan Awam LHDN Kota
Kinabalu, Asthmawi Amsir ketika ditemui RTM di Kota Kinabalu.

 
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya melengkapkan borang
permohonan lebih awal serta membawa salinan dokumen yang diperlukan.

 

Bagi penerima sedia ada, mereka diwajibkan mengemaskini maklumat
sedia ada menerusi Portal Rasmi BR1M atau ke Pejabat LHDN terdekat.

 

Seramai 45-kakitangan melibatkan LHDN Kota Kinabalu, UTC dan Pusat
Khidmat LHDN Kudat terlibat bagi mengendalikan proses permohonan dan kemaskini BR1M 2015.

 
Ends/Sahira/cov/Rina

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s