18/12/2014:Kerjasama Penting Bagi Wujudkan Persekitaran Selamat

Kerjasama dalam masyarakat perlu diterapkan bagi mewujudkan persekitaran yang selamat. 

Ketua Polis Daerah Keningau, DSP Douglas Taong berkata, semangat tersebut melahirkan tanggungjawab kolektif dalam mengutamakan nilai perpaduan, kesaksamaan dan demokrasi dalam membantu kesejahteraan sosial.
Beliau berkata demikian dalam satu temubual bersama Keningaufm di Keningau.
Katanya, usaha mendampingi masyarakat secara dekat akan terus dilakukan bagi memberi peluang kepada anggotanya berinteraksi secara terus dengan masyarakat.
Sehubungan itu, beliau mempelawa orang ramai sekitar Daerah Keningau hadir bersama dalam Program ‘PDRM Community Policing’ yang akan diadakan pada 21 Disember ini, bertempat di padang Bandaran Keningau, bermula pukul 8-pagi.
Menurut Douglas, program bertemakan “Mencegah Jenayah Tanggungjawab Bersama” itu akan dirasmikan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dengan beberapa pengisian program. Antaranya Persembahan Pancaragam, Persembahan Anjing Pengesan, Pameran Agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri, Pertandingan Tongkat Motosikal, Karaoke dan banyak lagi.
Ends/Hacks/Int/Any
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s