18/12/2014:Lepasan Pusat Kemahiran Diminta Agar Tidak Memilih Pekerjaan

Lepasan pusat-pusat kemahiran diminta tidak terlalu memilih pekerjaan sebaliknya merebut peluang yang ada bagi menambah pengalaman dan ilmu pengetahuan.

Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah, Datuk Siringan Gubat berkata, sikap terlalu memilih pekerjaan akan merugikan diri pelatih itu sendiri kerana mereka tidak dapat memperoleh pengalaman dalam sesuatu pekerjaan selain tidak dapat mempraktikkan apa yang dipelajari.
Mereka turut disaran memanfaatkan teknologi maklumat dengan mendaftar di Sabah Job Centre bagi mendapatkan maklumat-maklumat terkini berkaitan peluang pekerjaan.
Beliau berkata demikian dalam majlis Penyampaian Sijil Tamat Latihan Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP) bagi sesi 2014 di Dewan Masyarakat Papar. Teks ucapan beliau disampaikan Pembantunya, Datuk Hamisa Samat.
Dalam majlis tersebut, 259 orang pelatih menerima sijil tamat latihan masing-masing dengan 16 daripadanya menerima anugerah pelatih terbaik.
Ends/Rita/DD/Cov/Any
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s