18/12/2014:Pelbagai Acara Diadakan Sempena Menyambut Tahun Baharu 2015

Sempena sambutan tahun baharu 2015, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bersama beberapa agensi lain akan mengadakan pelbagai acara menarik khusus untuk warga bandaraya Kota Kinabalu. Acara itu akan diadakan bermula 30 Disember ini bertempat di Lintasan Deasoka, Kota Kinabalu.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Abidin Madingkir dalam sidang medianya berkata, acara  ‘KK City Fun Ride’ akan diadakan sempena Karnival Rakyat pada 30 Disember ini bermula pukul 2 hingga 5-petang. Acara itu bertujuan menggalakkan warga bandaraya mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas dengan aktiviti berbasikal.
 
Turut diadakan, majlis pelancaran ‘My Buskers Corner’ pada 31 Disember bermula pukul 8.00 pagi, pameran buskers serta persembahan pentas oleh kumpulan daripada Kelab Penghibur Jalanan Malaysia.
 
Acara kemuncak iaitu Konsert Sambutan Tahun Baharu 2015 pula akan berlangsung pada 31 Disember ini bermula pukul 7.00 malam. Konsert yang dijangka akan dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman itu bakal menampilkan barisan artis popular tanah air serta tempatan antaranya Firman, Adel, Mawi, Janrywine J. Lusin serta lagenda rock iaitu Rahmad Mega, Amir Ukays dan Baggio Damasutra.
 
Orang ramai khususnya warga bandaraya dijemput hadir bagi memeriahkan lagi sambutan tahun baharu ini.
 
end/busri/halim/cov/Any
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s