18/12/2014:Program Kenduri Sekampung Erat Hubungan Pemimpin Dan Rakyat

Program Kenduri Sekampung disifatkan sebagai satu program yang mampu mengeratkan hubungan antara pemimpin dan rakyat di negeri ini.

Ketua Bahagian UMNO Kalabakan, Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Salleh berkata, ia juga merupakan wadah terbaik dalam usaha mendekati rakyat di sesebuah kampung selain dapat mendengar masalah yang mereka hadapi sebelum ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program kenduri sekampung dan majlis bersama pemimpin di Dewan Serbaguna Kampung Hj Matahir di Tawau.
Program itu juga akan dapat mewujudkan percambahan pemikiran antara pemimpin dan rakyat dalam usaha untuk merancang pembangunan kampung selain merancang untuk meningkatkan sosioekonomi penduduknya.
Jelasnya, UMNO Kalabakan akan sentiasa menganjurkan program seumpama itu di seluruh kampung di kawasan Parlimen itu dengan menggerakkan ketiga-tiga sayapnya  iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri.
Ia bagi memastikan tiada kawasan yang tercicir terutamanya dalam soal pembangunan infrastruktur, ekonomi dan pendidikan.
Ends/Tam/tawaufm/Any
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s