18/12/2014:SCC Serah Bangunan Tambahan Klinik

Perbadanan Pinjaman Sabah (SCC) HARI INI menyerahkan bangunan tambahan klinik cawangan utama Persatuan Perancang Keluarga Sabah (FPA) di Kota Kinabalu.

Penyerahan tersebut disempurnakan Ketua Pegawai Eskekutif SCC, Datuk Vincent Pung kepada Presiden FPA Liew King Hee.
Bercakap kepada media, Datuk Vincent berkata, penambahan bangunan klinik yang bernilai kira-kira 80-ribu ringgit itu merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) SCC bagi membantu badan bukan kerajaan merancakkan lagi aktiviti mereka khususnya dalam membantu masyarakat dari aspek kesihatan.
Jelasnya, SCC memperuntukkan 5 hingga 6-peratus iaitu sebanyak 6-juta ringgit daripada keuntungan setahun SCC untuk disumbangkan dalam program CSR.
SCC juga akan terlibat dalam beberapa program lain antaranya bekerjasama dengan Persatuan Jururawat Sabah untuk membina sebuah rumah sekitar Kota Kinabalu bagi kemudahan dan kebajikan para jururawat selepas bersara, selain pembinaan asrama di bandaraya bagi kemudahan penduduk luar bandar.
Sejak tahun 2005 hingga kini SCC telah menyumbang sebanyak 20-juta ringgit dalam program CSR di seluruh negeri ini.
Ends/Jane/TA/cov/Any
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s