18/12/2014:Terap Semangat Patriotisme Menerusi Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran

Usaha menanam semangat patriotisme dalam kalangan warga pendidik untuk diterapkan kepada pelajar menerusi sesi pengajaran dan pembelajaran amat penting.

Menurut Pengarah Pendidikan Negeri, Datuk Jame Alip, semangat patriotisme yang tinggi dalam kalangan warga pendidik secara tidak langsung berupaya mengekalkan perpaduan dan kesatuan hidup pelbagai kaum di negara ini.
Ini kerana warga pendidik bukan sahaja berperanan sebagai pendidik semata-mata malah turut memainkan peranan penting sebagai pembina negara bangsa.
Datuk Jame ditemui RTM semasa Konvensyen Pendidikan Kenegaraan Zon Kudat 2014 di Dewan Tun Mustapha, Kudat.
Terdahulu, ketika menyampaikan ucaptama, Datuk Jame mahu warga pendidik negeri ini supaya sentiasa mengekalkan perpaduan dan keharmonian tanpa mengira perbezaan kaum, bangsa dan agama.
Malah, tindakan tegas akan diambil terhadap pendidik yang cuba menyemarakkan api perkauman, sentimen keagamaan mahupun kewilayahan sehingga menggugat keharmonian sedia ada.
Lebih 100 warga pendidik dan pegawai pentadbiran menghadiri konvensyen berkenaan.
Ends/Sahira/ cov/Any
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s