24/12/2014:Pusat Refleksologi Pertama Dikendalikan OKU Di Sabah Bertempat Di Sandakan

Pusat refleksologi pertama yang dikendalikan orang kurang upaya (OKU) penglihatan di Sabah bukan sahaja mampu meningkatkan pendapatan malah kemahiran golongan itu dalam bidang refleksologi dan keusahawanan.

 

Pusat Refleksologi dan Spa itu dibuka menerusi program Akhiri Zaman Miskin (1Azam) di bawah Jabatan Tenaga Kerja (JTK), melibatkan OKU penglihatan dari  Kompleks Penyayang Taman Cahaya, Sandakan.

 

Pengarah JTK Sabah, Kamal Pardi berkata program itu dilaksanakan dengan kerjasama Persatuan Orang Buta Sabah dan JTK turut menyalurkan dana sebanyak 249-ribu ringgit untuk penambahbaikan serta pembelian peralatan bagi meningkatkan fasiliti perkhidmatan tersebut.

 

Selain itu, dana berkenaan juga termasuk untuk memberi latihan dan kursus kepada mereka dalam bidang refleksologi bagi mendapat sijil kemahiran Malaysia Tahap 3 untuk berkhidmat di pusat berkenaan.

 

Kamal berkata demikian dalam majlis perasmian pusat itu yang disempurnakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman sempena sambutan Hari Penglihatan Sedunia peringkat negeri di Sandakan.

 

Pusat itu dilengkapi 12 set kerusi refleksologi, 12 buah katil dan 12 set alat rendaman kaki.

 
Ends/Bernama/Any
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s