25/12/2014: Hukuman Penjara Setahun Kerana Guna Resit Pengenalan Sementara Palsu

Seorang lelaki warga asing dijatuhkan hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Majistret Sandakan selepas didapati menggunakan resit pengenalan sementara  palsu.

          Keputusan itu dibuat Majistret Jessica Ombou Kakayun.
           Berdasarkan fakta kes, pada 18 November lalu kira-kira pukul 9.30 pagi semasa menjalankan tugas rondaan di Jalan BDC Sandakan, sepasukan anggota polis telah menahan tertuduh, Aton Agong 36-tahun kerana disyaki memiliki resit pengenalan sementara yang disyaki palsu.
          Hasil siasatan mendapati, pengenalan diri yang digunakan bukan milik tertuduh dan tertuduh telah mengaku menggunakan pengenalan diri sementara itu sejak 2004 dengan membelinya daripada seseorang.
          Laporan dan semakan di Jabatan Pendaftaran Negara mengesahkan dokumen pengenalan yang digunakan tertuduh adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan.
          Atas kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.
          Pendakwaan kes dikendalikan pegawai Pendakwa ASP Majari Haji Awal Jari.
End/wan/ST/wn-dman/Any
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s