01/01/2015: 96 Saman Dikeluarkan OPS Samseng Jalan dan Mabuk.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan 96 saman melibatkan pelbagai kesalahan lalulintas sempena Ops Samseng Jalan dan Mabuk bermula jam 2.45 hingga 4.50-PAGI TADI, sekitar Jalan Coastal, Kota Kinabalu.

Dalam kenyataan media di ibu negeri, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Azhar Haji Amin memberitahu, pihaknya menahan 4 motosikal dan sebuah motokar atas kesalahan mengubahsuai kenderaan. Turut ditahan 9-pemandu yang berada di bawah pengaruh alkohol.
 
Seramai 32 anggota dan 5 pegawai terlibat dalam operasi berkenaan.
 
Sementara itu, Ops Cegah Jenayah sempena ketibaan Tahun Baharu 2015 juga dijalankan, melibatkan  260-anggota dan 12 pegawai. 
 
Ia untuk mencegah kejadian jenayah kekerasan, harta benda, ketenteraman awam dan kesesakan lalulintas di beberapa lokasi sekitar Kota Kinabalu seperti Pantai Tanjung Aru, Tanjung Lipat dan Lintas-Luyang.
 
Bagaimanapun, tiada penahanan dilakukan sepanjang operasi  bermula 6.30-PETANG SEMALAM hingga 6.00-PAGI TADI.
 
Farizie/Cov/Rina
~mfja~
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s