01/01/2105: Yang Dipertua Angkat Sumpah Bagi Penggal Kedua Pagi Tadi.

Yang Dipertua Negeri Tun Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin, hari ini mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah bagi penggal kedua .
 
Istiadat Lafaz Sumpah diadakan di Istana negeri dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Datuk Nurchaya Haji Arshad.

 
Tun Haji Juhar yang dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri sejak 1 Januari 2011, melanjutkan tempoh perlantikannya selama 4 tahun bermula HARI INI.
 
Sementara itu, ketika menyampaikan ucapan tahniah dan ikrar taat setia kepada Tun Juhar, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman menyatakan Sabah terus menikmati keamanan, kemakmuran dan kemajuan yang pesat sepanjang empat tahun dibawah pemerintahan Tun.
 
Justeru, beliau berharap agar momentum agenda pembangunan dan kecemerlangan tersebut akan berkekalan selepas ini.
 
Oleh itu, Datuk Musa mengajak seluruh pemimpin dan rakyat untuk terus bersatu padu mempertingkat semangat muafakat dan kerjasama dalam kalangan rakyat.
 
mun/ag/cov/Rina
 
~mfja~

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s