02/01/2015: Hujan Lebat dan Banjir di Sabah tidak ada kaitan dengan Ribut Jangmi.

Hujan lebat dan banjir yang berlaku di beberapadaerah di Sabah tidak
ada kaitan dengan Ribut Jangmi yang melanda negara jiran, Filipina.

Jelas Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Cawangan Sabah, Abd.
Malik Tussin, hujan lebat dan banjir tersebut adalah kesan

daripada kelompok awan aktif yang terhasil di kawasan Sabah serta
pertembungan angin Timur dari Lautan Pasifik dengan angin Timur Laut
di Laut China Selatan.

Beliau turut memaklumkan, amaran hujan lebat peringkat jingga bagi
kawasan Sabah diteruskan sehingga HARI INI.

Amaran kategori kedua Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50 hingga 60-kilometer sejam dengan ombak mencapai

ketinggian sehingga 4.5-meter di kawasan Perairan Sabah (Pedalaman,
Pantai Barat dan Kudat) serta Wilayah Persekutuan Labuan pula
dijangka berterusan sehingga AHAD INI.

Keadaan itu berbahaya terhadap aktiviti perkapalan, pelantar minyak dan sukan laut.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak menghampiri
kawasan pantai demi keselamatan dan sentiasa mengikuti perkembangan cuaca dari semasa ke semasa.

alizaali/sjk/met/st

~mfja~

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s