02/01/2015: JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA ALAM NEGERI DIGERAK KE LOKASI BANJIR.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Alam Negeri Sabah digesa
mempertingkat kesiapsiagaan menghadapi banjir di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata
jawatankuasa yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan
Sri Sukarti Wakiman itu telah mengarahkan semua pegawai daerah, agensi dan jabatan berkaitan di kawasan berisiko banjir untuk membuat
persediaan menghadapi bencana alam tersebut.
Datuk Musa yang ditemui media di Sandakan, berkata agensi dan jabatan berkaitan telah digerakkan ke beberapa kawasan dilanda

banjir iaitu di Daerah Kota Belud dan Tawau. Ia bagi meninjau kawasan
berisiko dan bertindak memindahkan penduduk ke tempat selamat
mengikut keperluan.

Beliau turut menasihati penduduk di kawasan terbabit agar sentiasa
mengikuti perkembangan ramalan cuaca dan kedudukan paras air di sungai-sungai berhampiran serta bersedia untuk bertindak jika
diarah pihak berkuasa.

alizaali/amran/Cov

~mfja~

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s