07/01/2015:APMM Tahan Nelayan Indonesia

Empat nelayan Indonesia ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan kerana menangkap ikan secara haram berhampiran perairan Pulau Tiga dekat Labuan pada Selasa malam.

Ketua Penguatkuasa APMM Daerah Labuan Kapten (Maritim) Che Adnan Md Isa berkata, penahanan tiga kru berusia 22 dan 23 tahun itu bersama tengkong berusia 30 tahun, dilakukan semasa Ops Sejahtera kira-kira pukul 7.45 malam itu.
Katanya mereka didapati menjalankan aktiviti menangkap ikan dalam kawasan perairan kurang daripada tiga batu nautika dari pantai yang merupakan satu kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan kerana melakukan kesalahan di bawah Ordinan Kapal Dagang 1960,
menjalankan operasi tanpa lesen.
Menurut Che Adnan, operasi itu dijalan di sekitar kawasan berkenaan selepas menerima beberapa aduan berlaku pencerobohan haram oleh nelayan tidak berlesen ke dalam kawasan yang dihadkan yang telah merosakkan terumbu karang tiruan.
Kapal tersebut telah ditunda ke jeti APMM di Labuan untuk tindakan lanjut, katanya kepada Bernama di Labuan.
busri/BERNAMA
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s