07/01/2015:SEDCO Serah Zakat Perniagaan Rm200 Ribu

Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDC0) menyerahkan Zakat Perniagaan bagi tahun berakhir 2013 berjumlah 200 ribu ringgit kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) di Wisma SEDCO Kota Kinabalu.

Pengerusi SEDCO Datuk Sri Nasir Tun Sakaran memberitahu sumbangan tersebut selaras dengan prinsip-prinsip menjalankan perniagaan dengan penuh ketelusan dan bertanggungjawab serta mematuhi amalan-amalan urus tadbir korporat di samping menunaikan tuntutan Islam.
Beliau ditemui pemberita RTM Selepas  Majlis Penyerahan Zakat bagi tahun akhir 2013 di Wisma SEDCO, Kota Kinabalu.
Sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan, SEDCO katanya akan terus memainkan peranannya mendepani pelbagai cabaran membangunkan sumber ekonomi negeri menerusi pelbagai aktiviti perniagaannya.
Pada majlis tersebut Datuk Sri Nasir menyerahkan zakat perniagaan kepada Pengerusi MUIS Datuk Hj. Suhaili Said.
Hadir sama, Pengurus Besar Kumpulan SEDCO Pengiran Hj. Saifuddin Pengiran Tahir dan Penolong Setiausaha Kanan, Pusat Zakat Sabah (Agihan), Pengiran Raimey Pengiran Abdul Rahim.
ENDS/busri    MFJA/AY/COV
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s