08/01/2015:Tempoh Perkhidmatan SKN Dilanjutkan

Kerajaan Negeri melanjutkan tempoh perkhidmatan Tan Sri Sukarti Haji
Wakiman sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri selama setahun berkuatkuasa
ESOK.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata pelanjutan
tempoh perkhidmatan itu berdasarkan pengalaman luas dan khidmat
cemerlang Tan Sri SukartiĀ  dalam perkhidmatan awan negeri.

Datuk Musa memaklumkan perkara ini dalam satu kenyataan media di Kota Kinabalu.

Tan Sri Sukarti yang dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri
sejak 3 Julai 2007, pernah menjadi Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri
Sabah dan beberapa jawatan penting termasuk pegawai kanan di Jabatan
Ketua Menteri dan Setiausaha Sulit kepada Yang di Pertua Negeri, Tun
Haji Mohd. Said Keruak.

Beliau juga pernah menjawat jawatan Setiausaha Tetap di tiga
kementerian iaitu Kementerian Pertanian dan Perikanan, Kementerian
Pembangunan Luar Bandar dan Kementerian Pembangunan Infrastruktur.

Dalam kenyataan sama, Datuk Musa turut memaklumkan pelanjutan tempoh
perkhidmatan Datuk Abidin Madingkir sebagai Mayor Bandaraya Kota
Kinabalu selama setahun bermula 2 Februari depan.

Ends/alizaali/MFJA/St

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s