08/01/2015:Usaha Membebaskan Kontabel Zakia Masih Dijalankan

Usaha untuk membebaskan anggota Pasukan Polis Marin, Konstabel Zakia
Aliep, yang diculik dari sebuah resort di Semporna tahun lepas masih
dijalankan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata usaha
membebaskan Zakia masih diteruskan, namun komunikasi antara kumpulan
penculik berkenaan dengan isteri Zakia, Sharifah Erna Berson tidak
lagi dibenarkan sekerap seperti sebelum ini kerana ia boleh mengganggu
usaha pembebasan itu.

Menurut Datuk Jalaluddin, Zakia sepatutnya dibebaskan  pada 10
Disember tahun lepas bersama dengan penternak ikan di Kunak, Chan Sai
Chuin, tetapi hanya Chan seorang sahaja yang dibebaskan.

Datuk Jalaluddin memberitahu pemberita selepas menghadiri majlis
perhimpunan bulanan  Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di Kota
Kinabalu. Beliau mengulas mengenai perkembangan anggota polis
berkenaan dan usaha membebaskannya daripada tangan kumpulan penculik.

Zakia diculik dari sebuah resort di Pulau Mabul pada 12 Julai lalu
dipercayai oleh kumpulan penjenayah rentas sempadan Abu Sayyaf. Dalam
kejadian pukul 11.10-minit malam itu, rakan Zakia,  Koperal Abdul
Rajah Jamuan, terbunuh terkena tembakan kumpulan penjayah lapan
anggota itu.

Ends/alizaali/Bernama

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s