09/01/2015:Anak Kelahiran Sandakan Wakili Malaysia Ke Pertandingan Kemahiran Dunia Di Brazil

Anak kelahiran Taman Mawar, Sandakan, Ng Vui Yee, 22 tahun mengharumkan nama Sabah apabila terpilih mewakili negara dalam Pertandingan Kemahiran Dunia kali ke-43 di Brazil.

Ng, pelatih Institut Latihan dan Perindustrian (ILP) Sandakan, dipilih selepas berjaya meraih Pingat Emas pertama negara dalam bidang Penyejukbekuan dan Penyaman Udara pada Pertandingan Kemahiran Asean (ASC) Oktober lalu, di Hanoi, Vietnam.
 
Majlis Pelancaran dan Meraikan Penyertaan peserta negara itu disempurnakan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Haji Tawfiq Abu Bakar Titingan di Dewan Kuliah ILP, Sandakan. 
 
Turut disampaikan, insentif kemenangan berupa wang tunai 5-ribu ringgit kepada Ng daripada Kementerian Belia dan Sukan.
 
Sebanyak 72 negara melibatkan 2-ribu peserta akan bertanding di Sao Paolo, Brazil, Ogos ini.
 
End/dman/nizam/saziri/COV/beta/Rina
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s