09/01/2015:Rakyat Diminta Perkukuh Semangat Perpaduan Di Tahun Baharu Ini

Rakyat di negeri ini diajak terus meningkatkan azam memperkukuh semangat perpaduan, muhibbah dan toleransi di tahun baharu ini.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, ia penting demi menjamin masa depan dan kesejahteraan rakyat serta kemajuan negeri pada masa akan datang.
 
Menurutnya, persefahaman, persahabatan dan persaudaraan yang erat dalam kalangan rakyat merupakan elemen terbaik ke arah memacu pembangunan negara.
 
Tan Sri Pairin yang juga Ahli Parlimen Keningau berucap merasmikan Majlis Rumah Terbuka Krismas 2014 dan Tahun Baru 2015 Peringkat Parlimen Keningau di Dewan Masyarakat Tambunan.
 
Tambahnya, rakyat harus mengambil iktibar segala cabaran yang berlaku sepanjang tahun lalu dan menjadikannya pembakar semangat untuk kehidupan lebih baik tahun ini.
 
Ends/juliana/AJ/Cov/Rina
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s