13/01/2015: Kursus Pembantu Rumah Diteruskan Tahun Ini.

Kursus Pembantu Pengurus Rumah (Domestik) anjuran Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat akan diteruskan tahun ini dengan menggandakan bilangan peserta daripada 25 kepada 50 orang.

Selain itu, modul pembelajaran juga akan diubahsuai mengikut keperluan termasuk penambahbaikan berdasarkan komen dan maklumbalas
para majikan dan peserta kursus tersebut.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan
Teknologi Maklumat, Datuk Siringan Gubat selepas merasmikan Majlis
Penyampaian Sijil kursus berkenaan di Kota Kinabalu.

Menurutnya, seramai 75-peserta berjaya mengikuti kursus berkenaan
sejak diperkenalkan pada tahun 2013. Ia melibatkan 3-bulan kursus
sepenuh masa dan sebulan latihan praktikal di rumah majikan yang terpilih.

Majikan yang terpilih bagi sesi praktikal turut melalui temuduga yang
dijalankan pegawai Kementeriannya, Jabatan Tenaga Kerja Sabah dan
Jabatan Pembangunan Kemahiran Sabah.

FLA/HS/cov/Rina

~mfja~

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s