13/01/2015: Negara Brunei Darussalam Sedia Jalin Hubungan Dua hala Dengan Malaysia.

Negara Brunei Darussalam sedia menjalin hubungan dua hala dengan
Malaysia khususnya dalam bidang pendidikan.

Menurut Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam Ke Malaysia, Dato
Paduka Haji Alaihuddin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Utama
Haji Mohd Taha, ketika ini beberapa Universiti negara itu telah mengadakan
rundingan persefahaman dengan Univerisiti Malaysia Sabah.

Selain itu, Brunei turut berhasrat untuk bekerjasama dalam
bidang-bidang lain seperti pertanian dan pengurusan tenaga.

Beliau ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap
Yang Dipertua Negeri, Tun Dr. Haji Juhar Haji Mahiruddin di Istana
Negeri, Kota Kinabalu.

Kunjungan julung kali dilakukan Dato Haji Alaihuddin selaku
Pesuruhjaya Tinggi Brunei Darussalam yang baharu, bertujuan
mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara kedua-dua negara.

sahira/cov/Rina

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s