19/01/2015: JANGAN PERCAYA KHABAR ANGIN MENGENAI “STRAWBERRY POP ROCK”

Orang ramai diingatkan agar tidak mempercayai kenyataan palsu di media sosial yang mendakwa terdapat gula-gula yang dikenali sebagai “Strawberry Pop Rock” yang kononnya mengandungi dadah jenis syabu diedarkan oleh para peniaga ke sekolah-sekolah Menengah dan Rendah.

Ketua Polis Daerah Keningau DSP Douglas Taong berkata, kenyataan itu sengaja dibuat  bagi mencetuskan kebimbangan orang ramai terutama ibubapa yang mempunyai anak yang masih bersekolah.

Beliau berkata demikian bagi mengulas perkara itu dalam satu sidang media di Pejabatnya. Katanya, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang kesahihan mengenai perkara itu.

Sementara itu menurut DSP Douglas, sepanjang Januari tahun ini sebanyak 10 pusat hiburan sekitar di daerah Keningau telah diperiksa. Daripada 111 orang yang diperiksa  seramai 4 lelaki dan 7 perempuan didapati positif dadah.

Polis Keningau juga telah menjalankan 71  operasi sekitar daerah tersebut pada tempoh yang sama melibatkan pemeriksaan ke atas 543 individu.

(20) End/busri    Loy/Cov

Rina

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s