19/01/2015: TABUNG KEMANUSIAAN PPD KINABATANGAN KUTIP HAMPIR RM10-RIBU

Sebanyak 9-ribu 526 ringgit 80 sen berjaya dikutip menerusi Tabung Kemanusiaan Mangsa Banjir Warga Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Kinabatangan dan sekolah-sekolah daerah Kinabatangan.

Sumbangan berkenaan disampaikan Pegawai Pendidikan Daerah, Suhaimi Osman kepada Pengarah Pendidikan Negeri, Datuk Jame Alip pada satu majlis ringkas di Lapangan  Terbang Sandakan.

Sumbangan akan diserahkan kepada penduduk terjejas banjir di Pantai Timur Semenanjung khususnya di 5-negeri terjejas teruk  iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Perlis.

Datuk Jame Alip pada sidang media berkata, bantuan dikutip sebagai menyahut saranan  Kementerian mengumpul dana bagi membantu sekolah-sekolah terjejas teruk akibat banjir.

Beliau turut merayu kepada semua warga pendidik dan anggota sokongan pendidik menghulur bantuan kepada semua guru dan sekolah yang mengalami kerosakan harta benda ketika musibah melanda baru-baru ini.

Menurut Datuk Jame, kerusi dan bangku yang rosak di sekolah-sekolah di Kota Belud, Tawau, Papar dan Kudat juga telah diganti serta-merta.

(22) End/busri  dman/saziri/nizam/COV

Rina

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s