21/01/2015:Buat Laporan Segera Kepada Jabatan Pendidikan Negeri Tentang Sebarang Kerosakan Akibat Banjir

 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) diminta segera membuat laporan kepada Jabatan Pendidikan Negeri tentang sebarang kerosakan akibat banjir di sekolah-sekolah dalam daerah terbabit.

Pengarah Pendidikan Negeri, Datuk Jame Alip berkata langkah itu membolehkan pihak jabatan membuat permohonan peruntukan daripada Kementerian Pendidikan bagi pembaikan kerosakan terutama melibatkan peralatan sekolah seperti meja dan kerusi.

Bercakap kepada media di Beaufort, katanya beliau tidak mahu kerosakan peralatan sekolah menggangu sesi pengajaran dan pembelajaran.

Tahun lalu sahaja, jumlah kerugian yang dialami sekolah-sekolah di seluruh negeri akibat banjir mencecah 300-ribu ringgit.

Banjir di beberapa daerah di negeri ini mengakibatkan beberapa sekolah ditutup kerana ditenggelami air.

Ends/alizaali/Donny/cov

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s