21/01/2015:Perkembangan Terkini Banjir Di Sabah

Perkembangan banjir setakat 4-petang tadi. Jumlah penduduk terjejas
banjir di negeri ini meningkat kepada seribu 59-orang melibatkan
340-keluarga yang ditempatkan di tujuh pusat pemindahan.

Sipitang menjadi daerah terkini terjejas apabila 15-kampung dilanda
banjir dengan 61-penduduk daripada 15-keluarga dipindahkan ke Dewan
Serbaguna Pekan Sipitang. Antara kampung terlibat ialah Kampung Ulu
Sipitang, Ketipan, Berambai, Naparan, Menengah Ulu Sipitang dan Kg
Pantai. Sebanyak sembilan jalan turut ditenggelami air. Antaranya
Jalan Kampung Sungai Tiga, Kampung Naluyan, Ulu Sipitang, Jalan Kg.
Lubuk Darat dan Jalan Samur.

Di BEAUFORT, walaupun paras air Sungai Padas menurun kepada
9.41-meter, namun ia masih di paras bahaya 8.7-meter. Jumlah penduduk
dipindahkan meningkat kepada 518-orang melibatkan 182-keluarga.

Penduduk dipindahkan ke Dewan Serbaguna di MEMBAKUT pula berjumlah 319-orang melibatkan 107-keluarga dari 12-kampung. Antaranya, Kampung Lumantak, Baitam, Takapan, Kayai dan Kampung Baru. Setekat
12-tengahari tadi, paras air Sungai Membakut berada pada bacaan 6.82
iaitu melebihi paras bahaya 6.8-meter.

Sementara itu, di TENOM, sebuah pusat pemindahan banjir iaitu di
Dewan Sri Antanom telah ditutup.

Penutupan itu sekaligus menjadikan hanya 253-penduduk melibatkan 73-keluarga masih ditempatkan di empat pusat pemindahan iaitu di Rumah Kebudayan Naluyan, Rumah Kebudayaan Ponotomo, Rumah Kebudayaan Pantongan Saga dan Rumah Kebudayan Pogokun Laut.

Ketika dihubungi RTM, Pegawai Daerah Tenom, Madiyem Layapan berkata paras air Sungai Padas menurun kepada 177.65-meter, namun masih pada paras bahaya.

Sehubungan itu, pihaknya akan terus memantau dan mengemaskini perkembangan dari semasa ke semasa.

Mengenai bantuan kepada penduduk terjejas banjir, Madiyem berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Tenom telah menyalurkan bantuan diperlukan penduduk terbabit di pusat pemindahan.

Penduduk boleh menghubungi bilik operasi gerakan banjir Tenom menerusi talian 087-735 447 untuk mendapatkan bantuan.

(22) Ends/alizaali/oli/jg/cov/bernama/hacks/int.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s