21/01/2015:Seramai 2,364 PATI Ditangkap, Diambil Tindakan Undang-Undang Dan Dihantar Balik Ke Negara Asal Tahun Lepas

Seramai 2-ribu 364-pendatang asing tanpa izin (PATI) telah ditangkap, diambil tindakan undang-undang dan dihantar balik ke negara asal mereka hasil daripada 33-kali pelaksanaan Ops Gasak di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) tahun lepas.

Komander Esscom, Datuk Abdul Rashid Harun berkata daripada jumlah itu, seribu 727-orang adalah lelaki dan selebihnya wanita. Mereka ditahan kerana tidak memiliki dokumen sah dalam operasi itu yang bertujuan membersihkan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) daripada PATI.

Beliau berkata daerah Semporna mencatatkan jumlah tangkapan tertinggi iaitu seribu 519 orang, diikuti Lahad Datu 5-ratus 18 orang dan Sandakan seratus 87 orang.

Sehubungan itu, beliau meminta masyarakat agar jangan bersubahat dan memberi perlindungan kepada PATI, sebaliknya melaporkan kepada pihak keselamatan di kawasan masing-masing.

Beliau berucap pada Majlis Perjumpaan Esscom Bersama Pemimpin Masyarakat Mukim Rancangan Sungai Manila di Kampung Muhibah, Sandakan hari ini.

Turut hadir Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Datuk Zakaria Edris, Pengarah Awam Esscom Ruji Ubi dan Ketua Bahagian Khidmat Keurusetiaan Esscom Newmond Tibin.

Ends/FLA/BERNAMA

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s