22/01/2015:Kerajaan Negeri Tingkat Langkah Perbelanjaan Berhemah

Kerajaan Negeri akan meningkatkan langkah perbelanjaan berhemah bagi memastikan pertumbuhan ekonomi serta kestabilan kewangan negeri.

Dalam kenyataan di ibu negeri Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata, langkah-langkah proaktif perlu dilaksana agar ekonomi negeri berada pada landasan yang kukuh.

Beliau memaklumkan, kerajaan Negeri menyedari akan senario semasa ekonomi global serta isu-isu yang diumumkan Perdana Menteri.

Ia termasuk tren kejatuhan harga minyak mentah yang menjejaskan pendapatan negara sekaligus kedudukan ekonomi dan kewangan Sabah.

Datuk Seri Musa menjelaskan, sekiranya situasi ekonomi global terus bertambah buruk, dijangkakan 25 peratus daripada hasil negeri tahun ini  yang dianggarkan lebih 3-bilion ringgit tidak akan dicapai.

Justeru, satu garis panduan untuk menambahbaik perbelanjaan berhemah untuk mengurangkan perbelanjaan awam akan dikeluarkan tidak lama  lagi melalui pekeliling kerajaan Negeri.

Ends/st/anuar/Rina

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s