22/01/2015:Sebanyak 24 Unit Pembahagi Boleh Ubah Diagih Ke Pusat Pemindahan Membakut dan Beaufort

Sebanyak 24 unit pembahagi boleh ubah telah diiagihkan ke pusat pemindahan sementara Dewan Serbaguna Membakut dan Dewan Baru Beaufort. Ia merupakan satu pembaharuan yang dilakukan Jabatan Kebajikan untuk memberi keselesaan kepada penduduk terjejas banjir ketika berada di pusat pemindahan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun memberitahu, penambahbaikan itu menunjukkan kerajaan sentiasa prihatin terhadap kesukaran yang dialami penduduk. Pada masa sama, beliau yang ditemui RTM di Membakut,  turut memaklumkan, kerajaan telah memutuskan untuk meningkatkan Prosedur Operasi Standard (SOP) selain meningkatkan keperluan dari segi aset dalam menghadapi bencana banjir. Terdahulu, Datuk Azizah yang melawat pusat pemindahan Dewan Serbaguna Membakut, berpuas hati dengan bantuan yang diberikan kepada penduduk yang terjejas. End/oli/jg/cov/Rina

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s