22/01/2015:Perkembangan Terkini Banjir Di Sabah

Perkembangan terkini banjir di beberapa buah daerah di negeri ini.

Sehingga pukul 3.00 PETANG TADI, jumlah penduduk yang dipindahkan ke pusat pemindahan di Membakut, Beaufort dan Sipitang akibat banjir terus meningkat kepada 3 ribu 632 orang berbanding seribu 873 orang TENGAHARI TADI.

Di daerah kecil Membakut, jumlah mangsa banjir di empat pusat pemindahan iaitu Dewan Serbaguna Membakut, Rumah Besar Bambangan, SMK St. Patrick dan Dewan Mini Bawan meningkat kepada 2 ribu 283 orang daripada 786 buah keluarga.

Bagaimanapun, menurut Penolong Pegawai Daerah Membakut, Sarudin Ismail, jumlah penduduk di empat lagi pusat pemindahan di daerah itu masih dikemas kini.

Sementara itu, Pegawai Daerah Beaufort, Mohd Shahid Othman berkata jumlah mangsa banjir di tiga pusat pemindahan di daerah berkenaan ialah seribu 218 orang daripada 397 keluarga.

Pegawai Daerah Sipitang, Latip Haji Ahmad pula memberitahu, jumlah penduduk yang dipindahkan ke Pusat pemindahan meningkat kepada 131 orang daripada 35 keluarga.

Ends/Jane/Tika/Rina

sheryl

Tinggalkan komen