27/01/2015: 27 Diplomat Asing Lawat ESSCOM

Serombongan 27-diplomat asing yang bertugas di Kuala Lumpur tiba
untuk melawat Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom)
yang dipertanggungjawab mempertahankan keselamatan rakyat Sabah,
khususnya di Zon Keselamatan Timur Sabah (Esszone).

Ketibaan delegasi itu SEMALAM yang diketuai Pegawai Perhubungan
Antarabangsa Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri Datuk
Abdul Shakor Abu Bakar itu disambut Timbalan Komander Esscom Brigadier
Jeneral Subari Tomo dan pegawai-pegawai kanan Esscom.

Rombongan itu kemudian diberi taklimat mengenai perkembangan
terkini keselamatan di Esszone yang merangkumi perancangan serta
strategi terkini Esscom dalam menangani jenayah rentas sempadan
termasuk kes penyeludupan, penculikan dan isu pendatang asing tanpa
izin yang disampaikan Timbalan Ketua Pusat Operasi Esscom (Pusop),
Kolonel Mas’od Muhammad.

Delegasi itu turut diraikan dalam satu jamuan malam yang dihoskan
Komander Esscom Datuk Abdul Rashid Harun di Kompleks Pangkalan Polis
Marin Lahad Datu.

Hari ini, delegasi itu dibawa melawat ke pos kawalan Pasukan Gerakan
Am di Pulau Mabul, Semporna.

Ends/alizaali/Bernama.

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s