27/01/2015: Seramai 113 Dikurniakan Darjah Kebesaran Dan Pingat Negeri Sabah

Seramai 113-orang dikurniakan darjah-darjah kebesaran bintang-bintang
serta pingat-pingat Negeri Sabah sempena Hari Jadi Ke-61 Yang Di
Pertua Negeri, Tun Dr. Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin di Dewan
Serbaguna Sri Libaran, Sandakan PAGI TADI.

Istiadat pengurniaan menyaksikan Pembantu Khas kepada Timbalan Ketua
Menteri, Datuk Raymond Tan Shu Kiah iaitu Datuk Hung Kan Yin
mendahului senarai penerima.

Datuk Hung yang juga bekas Setiausaha Politik Adun Tanjung Papat,
menerima Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (P.G.D.K) yang membawa
gelaran ‘Datuk’.

Dalam istiadat itu, Yang DiPertua Negeri turut berkenan mengurniakan
Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK) kepada dua orang Ahli Darjah
Kinabalu (ADK) 11-orang, Bintang Setia Kinabalu (BSK) 35-orang,
Bintang Kinabalu (BK) 40-orang dan Sijil Kehormat (SK) kepada
24-orang.

Turut hadir, isteri Yang Dipertua Negeri, Toh Puan Hajah Norlidah Tan
Sri RM Jasni.

Ends/alizaali/dman/cov

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s