27/01/2015:Bantuan Pasca Banjir Kepada Penduduk Terlibat

Enam agensi di bawah Kementerian Kewangan menyalurkan bantuan pasca banjir kepada penduduk di beberapa daerah terjejas banjir. Antara agensi itu ialah Lembaga Hasil Dalam Negeri, Bank Simpanan Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata beliau bersama kumpulan Kementerian Kewangan mengumpulkan barangan secukupnya untuk keluarga terjejas banjir.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada penduduk terjejas banjir di Kampung Bakalau, Beaufort.
Datuk Ahmad, yang juga Ketua Penerangan Umno Malaysia, berada di Sabah dalam siri lawatan ke negeri terjejas banjir.
Menurutnya, kerajaan amat prihatin dengan meluluskan beberapa bantuan, antaranya 500-juta ringgit bagi kebajikan mangsa banjir, 800-juta ringgit untuk membaik pulih kemudahan asas dan 893-juta ringgit bagi penebatan banjir.
Pada majlis itu, Datuk Ahmad turut meluluskan peruntukan tambahan sebanyak 10-ribu ringgit kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Bakalau dan penyerahan lima bot enjin.
Ends/alizaali/Bernama.
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s