27/01/2015:Dana Khas Pasca Banjir Seluruh Negara Jadi Keutamaan

Peruntukan serta dana khas bagi pasca banjir di seluruh negara
menjadi keutamaan dan tidak akan dikurangkan dalam perbelanjaan
negara.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Haji Ahmad Maslan berkata walaupun
kerajaan melaksanakan penjimatan perbelanjaan pengurusan sebanyak
5.5-bilion ringgit dalam Bajet 2015, kerajaan tetap mengagihkan
peruntukan bagi kos kerosakan akibat banjir di seluruh negara yang
dianggar berjumlah 2.9-bilion ringgit.

Jelas Datuk Ahmad Maslan, ini termasuk kira-kira 332-projek
pembangunan di Sabah yang akan diteruskan. Antaranya, projek mega
Pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo sepanjang seribu 663-kilometer dengan
kos 27-bilion ringgit yang dijangka siap pada 2025.

Datuk Ahmad Maslan ditemui media selepas meninjau Projek Perumahan
Kastam Sepanggar di Akademi Kastam, Jalan Sepanggar, Kota Kinabalu.
Projek melibatkan 120-unit itu dijangka siap Ogos tahun depan.

Ends/alizaali/an/oli/cov

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s