27/01/2015:Keutamaan Kepada Sektor Pendidikan

Kerajaan komited memberi keutamaan kepada sektor pendidikan termasuk
pendidikan tidak formal menerusi penyediaan kemudahan dan perkhidmatan
perpustakaan.

Menurut Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk
Hajah Jainab Haji Ahmad Ayid, menerusi Pelan Pembangunan Perpustakaan
Negeri tahun ini, sebuah bangunan baharu Perpustakaan Negeri Sabah
Wilayah Kota Kinabalu dibina di Tanjung Aru.

Projek bernilai 40-juta ringgit itu merupakan projek kendalian secara
tanggungjawab sosial korporat (CSR) Lahad Datu Water Supply Sendirian
Berhad dan Sabah Development Bank. Projek berkenaan kini siap
21-peratus.

Datuk Jainab berucap merasmikan Majlis Penyerahan Empat Unit Bas
Perpustakaan Bergerak di Ibu Pejabat Perpustakaan Negeri Sabah, Kota
Kinabalu.

Beliau berkata kerajaan negeri turut meluluskan pembelian tiga unit
bas Perpustakaan Bergerak dengan kos 1.1-juta ringgit. Bas tersebut
masing-masing akan diserahkan kepada Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Ranau, Sandakan, Keningau dan Beaufort.

Sehingga kini, Perpustakaan Negeri mempunyai 13-Perpustakaan Bergerak
melibatkan 257-stesen perhentian. Tahun lalu sahaja, seramai 107-ribu
60-peminjam buku mendapat manfaat daripada perkhidmatan itu.

Ends/alizaali/sahira/cov

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s