27/01/2015:Skuad Badak Dan KL Sime Darby Seri Dalam Aksi Persahabatan

Sukan. Sabah sekali lagi hanya mampu seri dalam aksi persahabatan kedua skuad badak menentang KL Sime Darby di Stadium Likas, MALAM TADI.

KL Sime Darby memulakan sepak mula pada separuh masa pertama dengan melancarkan beberapa pergerakan, namun berjaya dipatahkan benteng pertahanan Sabah yang diketuai Abdoulaye Faye.
Pada minit ke-15, rembatan pemain import Sabah Rhinos kelahiran Ireland, Eamon Zayed selepas mendapat hantaran El Hadji Diouf yang menjadi kapten pasukan Sabah berjaya diselamatkan penjaga gol lawan.
Bersambung separuh masa kedua, kedua-dua pasukan melakukan beberapa pertukaran pemain. Akhirnya, pada minit ke-58, Diouf berjaya menjaringkan gol selepas mendapat hantaran cantik daripada Zayed.
KL Sime Darby berjaya menghukum pasukan Sabah apabila Khairul Anuar Shahrudin berjaya melakukan percubaan cantik pada minit ke-79, sekaligus menewaskan penjaga gol Sabah, Mohd Fazli Paat yang masuk menggantikan Irwan Jamil pada separuh masa kedua.
Pada aksi perlawanan persahabatan pertama Sabtu lalu, kedua-dua pasukan turut terikat satu sama apabila bekas pemain Harimau Muda B, Maxius Musa berjaya menewaskan penjaga gol KL Sime Darby pada minit ke-40 sebelum Mohd Shoufiq Mohd Kusaini menyamakan kedudukan pada minit ke-90.
Ends/alizaali/ear/ay/cov
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s