28/01/2015:Anggota ASEAN Ulangi Pendirian Selesai Masalah Pertikaian Wilayah Di Laut China Selatan

10 anggota ASEAN mengulangi pendirian untuk menyelesaikan masalah pertikaian wilayah di Laut China Selatan melalui penekanan kepentingan keamanan, keselamatan dan kestabilan, selain meningkatkan keyakinan dan mengamalkan kesederhanaan dalam menjalankan aktiviti di wilayah terlibat.

Dalam sidang media selepas Mesyuarat Menteri Menteri Luar ASEAN di Magellan Sutera Kota Kinabalu, Menteri Luar Malaysia Dato Seri Anifah Aman menyatakan, terdapat beberapa Menteri Luar menyuarakan kebimbangan mengenai pertikaian tuntutan di Laut China Selatan.
Dato Anifah bagaimanapun yakin pertikaian berkenaan dapat diselesaikan melalui pelaksanaan Deklarasi mengenai Kod Tata Laku (DOC) pihak-pihak di Laut China Selatan dan penubuhan Kod  Tata Laku di Laut China Selatan (COC).
China dan negara anggota ASEAN – Malaysia, Filipina, Vietnam dan Brunei terbabit dalam tuntutan wilayah bertindih di Laut China Selatan.
Sementara itu, mengenai lapan keutamaan yang dibawa Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2015, Dato Seri Anifah menyatakan, semua negara anggota menyambut baik perkara berkenaan.
Ini kerana keutamaan itu adalah relevan kepada keperluan dan memberi impak kepada komuniti ASEAN.
Antara keutamaan tersebut ialah mengukuhkan pembangunan industri kecil dan sederhana (SME), memperluas perdagangan dan pelaburan intra-asean, mempromosi keamanan dan keselamatan melalui kesederhanaan serta memperkukuh institusi-institusi ASEAN.
Ends/busri  artika/fla/id/shah/halim/cov/artika
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s