28/01/2015:Kastam Sabah Rampas Dadah Bernilai RM1.7 Juta

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sandakan berjaya merampas dadah jenis “Methamphetamine” bernilai lebih 1.7 juta ringgit menerusi tiga kes berasingan yang menggunakan kaedah perkhidmatan penghantaran laju atau kurier.

Timbalan Pengarah Kastam Sabah, Bahagian Penguatkuasaan, Haji Yunos Haji Tahir berkata, rampasan pertama melibatkan 4.2-kilogram dadah jenis Methamphetamine pada 26 Disember lalu, manakala kes kedua melibatkan rampasan dadah jenis sama seberat 49-kilogram pada 1 Januari dan yang ketiga melibatkan rampasan 600-pil dadah jenis Eramin 5 seberat 190 gram pada 15 Januari lalu.
Katanya dadah telah dimasukkan dalam kotak yang dikirimkan dari Johor ke Lahad Datu melalui Sandakan. Beliau berkata demikian dalam sidang  media di Kota Kinabalu.
Kesemua kes disiasat mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952. Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mandatori gantung sampai mati.
ENDS/busri   MFJA/FA/COV
 sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s